Sultan Kelantan ketika merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Baharu Tunjong, Kota Bharu semalam. |
KOTA BHARU: Sultan Muhammad Ke-V telah merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan yang bernilai RM25.8 juta, semalam.
Mahkamah yang dibina di atas tanah seluas 2.4 hektar itu dimulakan pembinaan pada 24 Mei 2010 dan siap sepenuhnya pada 8 Julai lepas.
Kompleks tujuh tingkat mula diduduki dan beroperasi pada 1 Ogos lepas dengan menempatkan pejabat pentadbiran, Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Kelantan, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kelantan.
Pada masa yang sama, ia turut menempatkan Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dan Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.
Turut hadir pada majlis bersejarah itu Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Selain itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Muhammad, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain jemputan. Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Datuk Daud Muhammad, ketika berucap pada majlis itu mengucapkan terima kasih pada kerajaan negeri dan Persekutuan.
Katanya, kerana jalinan hubungan antara kedua belah pihak iaitu kerajaan negeri dan Persekutuan akhirnya mahkamah tersebut dapat dibina dengan sempurna.
“Kerajaan negeri menyediakan tanah, manakala Kerajaan Persekutuan pula menyediakan peruntukan, terima kasih banyak-banyak,” ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau berharap dengan siapnya kompleks tersebut kes-kes tertunggak sebelum ini dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah.

Sumber: Harakah Daily | 14 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan