MANJUNG: Seramai 20 warga Filipina yang bekerja sebagai pengawal
keselamatan ditahan kerana memiliki MyKad palsu atau milik individu
lain.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said, berkata kesemua mereka ditahan dalam Ops ID di beberapa premis kediaman di Selangor dan Putrajaya awal pagi tadi. Katanya, kesemua mereka sedang didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Beliau turut mengesahkan JPN akan meminta semua syarikat kawalan keselamatan membuat semakan dan pengesahan kad pengenalan pekerja mereka bagi mengelak masalah penggunaan MyKad palsu.
Sumber: Berita Harian | 13 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan