Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 22 November 2013

Lebih 4,000 nelayan pantai di Kelantan bantu banteras pencerobohan bot pukat tunda

KOTA BHARU: Kira-kira 4,500 nelayan pantai di negeri ini yang menyertai projek 'Rakan Fish' akan membantu Jabatan Perikanan membanteras kegiatan pencerobohan bot pukat tunda di kawasan tangkapan nelayan tradisional.

Pengarah Perikanan Kelantan Datuk Mohamad Mat Seman berkata mereka adalah nelayan dari tiga daerah iaitu Bachok, Kota Bharu dan Tumpat.

"Secara amnya, Rakan Fish merupakan satu gerakan sukarelawan oleh nelayan yang berdaftar dan mempunyai lesen.

"Mereka akan membuat rondaan secara sukarela selama 24 jam di perairan Zon A yang merupakan zon perairan yang dikhaskan kepada sampan atau bot kecil dan bot pukat tunda dilarang beroperasi di zon itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat Rakan Fish kepada nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan di sini Khamis.

Beliau berkata Rakan Fish itu juga bertanggungjawab memberi segala maklumat kepada kerajaan berkaitan isu pencerobohan, nelayan dan kebajikan sosial nelayan.

"Ini (Rakan Fish) adalah platform untuk melaksanakan program yang digariskan oleh Jabatan Perikanan bagi memantau kawasan perairan secara spesifik," katanya.

Mohamad berkata setiap kumpulan terdiri antara 10 dan 30 nelayan akan dibekalkan kamera serta alat pandu arah (GPS) bagi mengesan dan mengambil gambar sebagai bukti jika berlaku pencerobohan.

"Mereka boleh menahan bot yang disyaki melakukan kesalahan dan menyerahkannya kepada pihak jabatan untuk tindakan penguatkuasaan," katanya.

Sumber: BERNAMA | 21 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan