Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 22 November 2013

Banjir: 100 keluarga diarah bersiap pindah

KOTA BHARU: Kira-kira 350 orang daripada 100 keluarga yang merupakan penduduk Kampung Tasek Bakong di Rantau Panjang, Pasir Mas, diarah bersiap sedia untuk berpindah berikutan air Sungai Golok yang semakin melimpah dari tebing, hari ini.
  
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pegawai Bomba Kanan I Zaimi Samat berkata, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada 7.9 meter iaitu di paras amaran berikutan hujan lebat sejak semalam.
  
"Penduduk diminta bersiap sedia untuk dipindahkan sekiranya air naik menjelang malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Zaimi berkata, tujuh bot, sebuah lori dan tiga kenderaan lain akan digunakan untuk proses menyelamat.
  
Beliau turut menasihati penduduk supaya tidak menyeberangi Sungai Golok menggunakan sampan untuk ke negara jiran berikutan peningkatan paras air dan arus deras.
 
Sumber: BERNAMA | 21 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan