Penduduk bersama wakil syarikat gembira setelah Madrasah al-Hidayah dibaik pulih. |
RANTAU PANJANG: Penduduk Kampung Gual Dalam terharu menerima sumbangan
bernilai RM60,000 untuk pembinaan madrasah di kampung ini, kelmarin.
Imam Madrasah al-Hidayah, Abdullah Ismail berkata, surau yang dibaiki ini dapat digunakan hampir 100 penduduk dekat sini.
Katanya, kedudukan madrasah berdekatan ladang dan lombong akan memudahkan serta memberi keselesaan ketika mengerjakan solat.
“Kami amat terharu dan berterima kasih kepada Syarikat Fikri Resources kerana sudi memberi sumbangan sekali gus membantu penduduk yang memerlukan," katanya.
Sementara itu, wakil syarikat yang hanya mahu dikenali sebagai Mek berkata, sumbangan ini adalah salah satu khidmat sosial yang dilakukan sejak empat tahun lalu.
“Walau di mana sahaja kami bekerja, saya tidak lupa membantu penduduk kerana kami percaya setiap perbuatan baik pasti akan dibalas dengan kebahagiaan.
“Saya tidak memandang perbezaan bangsa dan agama, sebaliknya berpegang kepada prinsip kesenangan wajar dikongsi bersama,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 15 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan