Ahmad (kanan) menyampaikan replika kunci rumah dhuafat kepada salah seorang penerima bantuan rumah tersebut sempena majlis penyampaian rumah dhuafat di Kampung Kok Keli, Tumpat. |
TUMPAT: Kerajaan Kelantan mensasarkan 5000 unit rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah menjelang tahun 2018.
Projek pertama rumah mampu milik dikendalikan kerajaan negeri di Taman Ubudiah Labok, Machang sebanyak 30 unit kini siap sepenuhnya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, lagi usaha membina rumah mampu milik apabila 487 rumah dibina di bandar Gua Musang dan akan diagihkan kepada yang layak.
“Ia akan disiapkan secepat mungkin untuk keperluan rakyat dalam usaha Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah rumah,” katanya.
Beliau yang juga Adun Pasir Pekan berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Rumah Dhuafat kepada empat penerima di Dun Pasir Pekan di Kampung Kok Keli, petang kelmarin.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, skim rumah dhuafat diteruskan apabila kerajaan negeri memperuntukkan tiga buah rumah di bina setahun di setiap Dun untuk membantu golongan miskin memiliki rumah sendiri
Rumah Dhuafat merupakan skim bantuan perumahan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan skim ini bermula sejak tahun 2006.
Antara kriteria pembinaan rumah dhuafat antaranya pemohon belum mempunyai rumah sendiri, miskin dan ada tanah untuk dibina rumah dan mempunyai tanggungan yang ramai.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 14 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan