SYARIKAT penerbangan Firefly (Firefly) akan memperkenalkan laluan Kota Bharu (KBR) – Bangkok (DMK) mulai 24 Januari 2014 sekali gus dijangka dapat merancakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014. Firefly menawarkan penerbangan empat kali seminggu bagi laluan antarabangsa ini, iaitu setiap hari Ahad, Isnin, Rabu, dan Jumaat.
Kempen jualan tiket dan tambang promosi (promo fares) telah bermula pada 25 November 2013 (Isnin) dan iklan mempromosikan laluan ini telah disiarkan di beberapa buah akhbar seperti Sinar Harian dan The Sun pada 25 November 2013.
Firefly menawarkan harga tambang promosi serendah RM195.00 sehala dari sekarang sehingga 8 Disember 2013 untuk perjalanan dari 24 Januari – 25 Oktober 2014 seperti grafik yang dilampirkan di bawah. Tempahan tiket boleh dibuat melalui laman sesawang Firefly: www.fireflyz.com.my. Tempahan tiket juga boleh dibuat di kaunter-kaunter jualan tiket Firefly dan Malaysia Airlines yang berhampiran dengan anda.

Info Lapangan Terbang
Bandar raya Bangkok, Thailand merupakan sebuah kota metropolitan kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Jakarta, Indonesia. Bandar raya ini mempunyai dua buah lapangan terbang antarabangsa, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (BKK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK). Kebanyakan syarikat penerbangan utama dunia beroperasi dari atau ke BKK, manakala DMK khusus untuk syarikat penerbangan tambang murah (LCC) dan juga pesawat kecil seperti AirAsia, Thai AirAsia, Nok Air, Firefly, dan sebagainya.
Laluan Firefly dari Kota Bharu dan Kekerapan Penerbangan
- Kota Bharu (KBR) – Bangkok (DMK): 4 kali seminggu (Ahad, Isnin, Rabu, dan Jumaat)
- Kota Bharu (KBR) – Johor Bahru (JHB): 3 kali seminggu (Selasa, Khamis, dan Sabtu)
- Kota Bharu (KBR) – Pulau Pinang (PEN): 7 kali seminggu (sekali sehari)
- Kota Bharu (KBR) – Subang (SZB): 7 – 9 penerbangan sehari
Kota Bharu Hab Penerbangan ke Indochina
Dalam pada itu, Firefly juga bercadang untuk menjadikan LTSIP sebagai hab penerbangan antarabangsa ke negara-negara Indochina terutamanya Vietnam dan Kemboja. Antara laluan yang berpotensi ialah Kota Bharu (KBR) – Bandar Raya Ho Chi Minh (SGN), Kota Bharu (KBR) – Phnom Penh (PNH), dan Kota Bharu (KBR) – Siem Reap (REP).
Publisiti
Dalam usaha membantu Firefly mempromosikan laluan baharu ini, Kumpulan KBBRI turut membantu mempromosikan laluan ini melalui dua laman sesawang Facebook, iaitu www.facebook.com/laluankbbangkok dan www.facebook.com/kbbangkokroute. Ia merupakan salah satu tanggungjawab sosial Kumpulan KBBRI dalam usaha mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) sebagai hab penerbangan Pantaii Timur dan rantau Asia Tenggara (ASEAN).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan