JOHOR BAHRU: Hasrat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mendapatkan khidmat
penyerang Kelantan, Mohd Norfarhan Muhammad beraksi bersama pasukan itu
pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan tidak kesampaian.
Ini berikutan pemain kelahiran Terengganu itu yang pada awalnya sudah bersetuju untuk beraksi bersama skuad Harimau Selatan, membuat pusingan U dengan memohon supaya dilepaskan.
Ini berikutan pemain kelahiran Terengganu itu yang pada awalnya sudah bersetuju untuk beraksi bersama skuad Harimau Selatan, membuat pusingan U dengan memohon supaya dilepaskan.
Menurut kenyataan media Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
(PBNJ), Mohd Norfarhan tidak akan bersama skuad Harimau Selatan musim
depan kerana masalah peribadi dan keluarga.
“Pemain itu secara rasmi memohon untuk tidak bersama skuad itu musim depan dan polisi PBNJ lebih menumpukan kepada pemain yang benar-benar mahu berbakti kepada skuad Harimau Selatan.
“Oleh itu, PBNJ tidak akan menyekat kemahuan pemain itu dan berharap dia berjaya dengan pasukan baru pilihannya,” kata kenyataan itu semalam.
Di Kota Bharu, selepas dilepaskan JDT, Norfarhan kemungkinan akan menyarung jersi negeri atau kelab di sebuah negeri di Pantai Timur.
Mengikut sumber, Norfarhan atau lebih dikenali sebagai ‘Ben 10’ mahu kekal bersama The Red Warriors (TRW), namun dia buntu selepas KAFA tidak ‘membela’ nasibnya.
Ubah fikiran
Katanya, pada awalnya pemain itu menerima tawaran JDT, tetapi dia mengubah fikiran dan berhasrat untuk kekal bersama TRW atas faktor kemahuan keluarga dan peminat.
Bagi menyelesaikan masalah ini, Norfarhan meminta Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjadi orang tengah untuk berunding dengan PBNJ bagi membolehkan dia kekal di Kelantan.
“Memang diakui Norfarhan menerima tawaran lumayan daripada JDT, tapi dia mahu kekal bersama TRW. Bagaimanapun, tiada seorang pun pegawai KAFA tampil untuk menjadi orang tengah membantunya,” katanya sambil menambah Norfarhan kini berada dalam tertekan berhubung isu itu.

Sumber: Berita Harian | Sukan | 13 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan