Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 22 November 2013

Kelantan sunting Tengku Hasbulah Raja Hassan

Tengku Hasbulah (kanan) hampir pasti diikat oleh Kafa bagi memperkuat pasukan Kelantan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia, musim depan.
SELEPAS Ahmad Shakir Mohd Ali dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria disahkan bersama Kelantan untuk saingan Liga Malaysia musim depan, seorang lagi pemain dikhabarkan bakal menyarung jersi pasukan tersebut.

Sumber dalaman memberitahu, bekas pemain tengah kelahiran negeri itu, Tengku Hasbulah Raja Hassan hampir pasti diikat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan, susulan penghijrahan Mohd Shakir Shaari ke Johor Darul Takzim.

“Sebenarnya, kedua-dua pihak sudah mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan bersama baru-baru ini. Namun disebabkan kesuntukan masa, urusan menandatangani kontrak tidak dapat diadakan.

“Sebaliknya, Tengku Hasbulah dijangka berbuat demikian sejurus kepulangan pegawai tertinggi Kafa daripada mengerjakan umrah tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Menurut sumber itu lagi, kehadiran Tengku Hasbulah, adik kepada bekas pemain kebangsaan, Tengku Hazman dijangka mampu menjana enjin tengah Kelantan yang dilihat pincang setelah kehilangan ramai pemain di posisi tersebut.

“Memang dari segi umur, Tengku Hasbulah sudah mencecah 30 tahun tetapi saya percaya dia masih bertenaga dan mampu memberi sumbangan buat Kelantan. Bukan polisi Kafa untuk membeli pemain tetapi hanya duduk di bangku simpanan,” katanya.

Kehadiran Tengku Hasbullah diibaratkan sirih pulang ke gagang kerana pemain tengah berusia 30 tahun itu pernah mewakili Kelantan pada 2001 hingga 2003 sebelum membuat keputusan berhijrah beraksi dengan pasukan lain.
 
Sumber: Sinar Harian | Ultras | 22 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan