KOTA BHARU: Identiti
seni budaya bangsa akan dipertahankan apabila Yayasan Warisan Negara
ditubuhkan tidak lama lagi, kata Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal
Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata selain itu, yayasan itu akan memastikan kelangsungan seni budaya sedia ada supaya tidak pupus ditelan zaman.
"Insya-Allah dalam tempoh terdekat ini (yayasan) akan ditubuhkan. Ia bebas politik dan menjurus kepada pembentukan identiti seni budaya dan warisan khususnya yang berasas kepada seni Melayu dan Islam.
"Perkara ini perlu dirancang di semua peringkat pemimpin-pemimpin warisan bagi menentukan masa depan budaya negara," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini, Khamis.
Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata budaya Kelantan adalah sangat istimewa terutama industri batik dan kraftangan yang perlu diberi perhatian teliti sejajar dalam perkembangan semasa negara.
"Sesuatu bangsa itu dikenali menerusi budayanya. Sebagai negara membangun, sudah tiba masanya bagi Malaysia melonjakkan budayanya dalam konteks itu," katanya.
Rais berkata semua budaya di negara ini akan mendapat perhatian yayasan itu dan berharap para pemimpin akan memberi sokongan penuh tanpa mengira fahaman politik.

Sumber: BERNAMA | 14 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan