Individu ini dilihat memegang kotak dan meminta sedekah daripada pengunjung di kedai-kedai makan. |
RANTAU PANJANG: Beberapa peminta sedekah dipercayai muncul di
bandar-bandar di seluruh negeri ini sambil memegang kotak derma untuk
minta sedekah daripada orang ramai.
Kelibat mereka ini berjaya dikesan oleh seorang penduduk tempatan di sini yang mahu dikenali sebagai Mamat, 31.
“Saya peliklah dengan beberapa peminta sedekah di sini. Saya pernah melihat mereka di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu dan Kuala Krai.
“Terbaharu, saya terkejut kerana dia turut meminta sedekah ketika saya membeli belah di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang,” kata Mamat.
Menurutnya, penduduk memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terutama kesahihan mengenai kesulitan hidup mereka, sehingga terpaksa meminta sedekah.
Ini kerana katanya, mereka tidak mahu keikhlasan menderma dikotori dengan niat mahu mencari rezeki dengan cara menipu.
Sementara itu, peniaga, Abdullah Rahim, 53, berkata, kes pengemis di daerah ini tidak begitu membimbangkan namun kehadiran golongan ini boleh memberi imej buruk kepada penduduk di sini.
Menurutnya, penduduk percaya peminta sedekah ini bukan berasal dari Rantau Panjang sebaliknya dari daerah luar. Ada juga katanya, peminta sedekah ini berasal dari negara jiran dan mencari rezeki dengan cara mudah.
“Kebanyakan peminta sedekah ini akan beroperasi hanya di hujung minggu, cuti umum dan cuti persekolahan. Ini kerana mereka mengambil kesempatan meminta sedekah daripada pengunjung yang datang membeli belah ketika musim cuti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 21 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan