Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 14 November 2013

Jangan keruhkan keadaan - Nor Farhan

"DALAM surat khabar macam-macam dah keluar, yang pasti bukan dari mulut saya sendiri." Itu luah Mohd Nor Farhan Muhammad (gambar) mengenai beberapa laporan akhbar tempatan mengenai spekulasi penghijrahannya ke pasukan Terengganu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.

Pemain yang terkenal dengan panggilan Ben 10 itu, ternyata kesal kerana ada cubaan untuk mengeruhkan hubungannya dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

"Memang Kafa membela nasib semua pemain di bawah jagaannya. Jadi, jangan keruhkan keadaan dengan menulis auta tanpa mengetahui fakta yang sebenar.

"Saya memilih untuk berbakti kepada negeri sendiri. Menolak tawaran pun secara baik kerana niat untuk pulang memang sudah ada.

"Ditambah pula PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu) sekarang di bawah pengurusan baru," katanya dipetik menerusi laman sosial Facebook miliknya, semalam.

Tambah Nor Farhan lagi, apa pun yang berlaku dia tetap gembira selama berbakti kepada bumi Kelantan dan menyifatkan The Red Warriors terlalu dekat dengannya.

"Tipu kalau hati tak sedih tinggalkan TRW. Jadi, sama-samalah kita menjaga hubungan baik sesama manusia. "Terima kasih semua, semoga peminat Peteh dapat menerima kepulangan saya, Insya-ALLAH," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Ultras | 14 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan