Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 21 November 2013

Amar berminat sertai The Red Warriors

KOTA BHARU: Bekas pemain tengah Felda United Amar Rohidan (gambar) berminat menyarung jersi The Red Warriors untuk Liga Malaysia musim depan seandainya diberi peluang.

Tanpa berselindung, Amar mengakui ada menerima panggilan telefon daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), dua bulan lalu yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun katanya, sehingga semalam dia masih belum menerima sebarang maklumat balas lanjut daripada KAFA berhubung tawaran kontrak untuk beraksi bersama Kelantan tahun hadapan.

"Memang menjadi impian pemain profesional seperti saya untuk beraksi bersama Kelantan pada musim depan.

"Saya akui Kelantan merupakan sebuah pasukan yang hebat dan disegani ramai, sudah tentu ramai pemain mahu beraksi bersama The Red Warriors," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nama Amar antara yang disebut-sebut untuk dibawa masuk ke dalam pasukan Kelantan selepas kehilangan pemain tengah berbisa mereka Mohd. Shakir Shaari yang berhijrah ke Johor Darul Takzim (Johor DT) musim depan.

Amar memberitahu, kontrak bersama Felda United telah tamat dan dia kini bebas untuk memilih pasukan yang ingin diwakili musim 2014. Katanya, selain Kelantan dia turut dilamar beberapa pasukan berstatus kelab.

Antara pasukan yang dikhabarkan mahu mendapatkan khidmatnya ialah Sime Darby, Polis dan T-Team. Amar berkata, bagaimanapun dia masih belum memutuskan pasukan manakah yang ingin di wakili pada musim depan. Jelasnya, keputusan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

Sumber: Utusan Malaysia | Sukan | 21 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan