KOTA BHARU: Kerajaan
Persekutuan akan memberi perhatian terhadap titah Sultan Kelantan,
Sultan Muhammad V yang mahukan supaya pembinaan sebuah jambatan
menghubungkan Kampung Cina di sini hingga ke Palekbang, Tumpat dapat
direalisasikan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihaknya berjanji untuk membuat kajian terperinci agar jambatan yang pernah dijanjikan kerajaan PAS sejak 17 tahun lepas itu menjadi kenyataan.
"Kerajaan Persekutuan mengucapkan terima kasih atas titah Baginda mengenai harapan terhadap pembinaan jambatan ini dan sekiranya kita lihat segala kemampuan terutama soal kewangan, Insya-Allah kita akan memberi perhatian.
"Titah Baginda ini membuktikan keprihatinan terhadap masalah rakyat terutama kepada pengguna lalu lintas yang sebelum ini kita telah dapat selesaikan dengan siapnya Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra," katanya.
Mustapa berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang Ke-44 di Istana Balai Besar di sini, Isnin.
Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan berkata kerajaan Persekutuan sama sekali tidak pernah meminggirkan negeri ini walaupun diperintah pembangkang.
"Kita mengambil berat seperti pembinaan Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai yang Insya-Allah akan dapat dimulakan dengan secepat mungkin," katanya.
Sumber: BERNAMA | 11 Nov. 2013

Tiada ulasan:
Catat Ulasan