MENYEDARI cabaran yang bakal dihadapi, kapten Harimau Malaya, Safiq
Rahim menagih sokongan padu penyokong apabila mereka turun menentang
Qatar dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 di Shah Alam, malam
ini.
Kedudukan semasa saingan Kumpulan D menyaksikan Malaysia, berada di tangga ketiga mengumpul empat mata.
Kemenangan wajib diraih anak buah Datuk K Rajagobal andai mahu peluang ke Australia kembali terbuka. Pada pertemuan pertama di Doha Februari lalu, skuad negara tewas 0-2.
"Saya dan rakan-rakan harap penyokong membanjiri Stadium Shah Alam esok (malam ini) bagi memberikan sokongan padu kepada pemain yang bakal menggalas tugas mencabar berdepan Qatar.
"Saya yakin sorakan penyokong dapat membantu meningkatkan semangat dan persembahan pemain memburu kemenangan," kata Safiq semalam.
Dalam pada itu, Safiq optimis Malaysia mampu melakar keputusan positif malam ini meskipun menyedari ia misi hidup mati untuk meneruskan saingan.
Katanya, kekalahan kepada Bahrain minggu lalu sudah dilupakan dan kini pemain fokus untuk menghadapi Qatar. "Kami sudah tengok video perlawanan Qatar dan dari situ kami boleh membaca taktik permainan mereka.
"Apa pun, kami tekad memburu tiga mata dan pemain tidak akan ulangi beberapa kesilapan ketika menentang Bahrain baru-baru ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Ultras | 19 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan