KOTA BHARU: Tiga projek utama di negeri ini yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) menunjukkan Kerajaan Persekutuan memberi perhatian lebih kepada negeri ini supaya tidak tertinggal di belakang apabila Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, berbanding negeri-negeri lain, Kelantan setakat ini masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan dan infrastruktur seperti lebuh raya, lapangan terbang dan kemudahan air bersih.
“Kita tidak mahu Kelantan tercicir, jadi banyak perkara yang perlu dilakukan. Ini cabaran besar bagi memastikan Kelantan dapat seiring dengan negeri lain apabila Malaysia mencapai status negara maju.
“Kita harap kerajaan negeri pun turut memainkan peranan dan tidak mengharapkan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan 2015, di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha; Pengarah Pendidikan negeri, Hussain Awang serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Ketika membentangkan RMK-11, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga projek utama di Kelantan iaitu pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) serta tebatan banjir.
Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, tiga projek utama tersebut bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih pesat di negeri ini.
Sementara itu, mengenai kenaikan harga petrol RON95 dan RON97 serta diesel sebanyak 10 sen seliter mulai hari ini, beliau berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana kerajaan telah membuat keputusan untuk mengapungkan harga minyak mengikut pasaran semasa.
Tambahnya, kenaikan tersebut sepatutnya tidak memberi kesan kepada harga barang, namun agensi serta kementerian berkaitan perlu melakukan pemantauan serta mengambil langkah tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Sumber: Bernama | 1 Jun 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan