KOTA BHARU: RM50 juta peruntukan tambahan diberikan kepada Kelantan bagi menyiapkan laluan pembesaran jalan melibatkan empat lorong sepanjang 3.5 kilometer dari Tunjong ke Pasir Hor yang dijangka siap September ini.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, manakala untuk pembinaan fasa 1B di Pasir Hor-Kadok juga berjalan sebagaimana yang ditetapkan dan telah 75 peratus siap.
“Kita mendengar taklimat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai situasi pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Kota Bharu-Gua Musang. Insya-Allah semuanya akan siap September ini.
“Untuk projek tambahan 3.5 kilometer ini tidak ada masalah, akan digunakan Oktober tahun ini.
"Cuma fasa 1B yang akan siap sekitar bulan yang sama itu tidak dapat digunakan kerana fasa-fasa seterusnya masih belum siapa sepenuhnya.
"Saya akan turun padang untuk lihat sendiri tapak pembinaan untuk projek tersebut,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan di bangunan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di sini. Turut hadir, Pengarah JPP Negeri, Datuk Makhtar Mustapha.
Untuk rekod, sebelum ini laluan fasa 1B iaitu 7.5 dimaklumkan akan siap April 2017 manakala pakej 2A bermula April 2015 dan dijangka siap pada April 2018.
Kos untuk kedua-dua projek tersebut adalah hampir RM400 juta.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 5 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan