Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 19 Mac 2017

Machang sebahagian wilayah Kesedar jika BN tadbir Kelantan

MACHANG: Jajahan Machang akan diwartakan sebagai sebahagian daripada wilayah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) jika BN diberi peluang memerintah Kelantan dalam PRU14.

Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata BN akan menjadikan perkara itu sebagai sebahagian daripada manifestonya pada PRU14 nanti.

"Yang penting mulai sekarang rakyat terutama pengundi Machang perlu memberi sokongan penuh jika mahu realiti itu dapat dilaksanakan," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Rumah Bina Negara peringkat Kelantan di Kampung Lepan Kandis, Pulai Chondong di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Machang itu berkata BN Kelantan pernah menyarankan kepada kerajaan negeri pimpinan Pas untuk mewartakan Machang sebagai sebahagian daripada wilayah Kesedar, namun ditolak.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata banyak projek pembangunan yang berimpak tinggi akan dapat dilaksanakan di kawasan berkenaan jika Machang dimasukkan ke dalam wilayah Kesedar. 

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan berkata BN Kelantan juga berjanji akan membangunkan Tok Bali di Pasir Puteh sebagai pelabuhan perikanan termaju di Pantai Timur.

Selain itu, Tumpat akan dijadikan pintu masuk pelancongan utama dan kawasan Lojing di Gua Musang setanding dengan Cameron Highlands di Pahang.

"Tok Bali dan Tumpat berpotensi besar untuk dibangunkan kerana terdapat Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kedua-dua kawasan berkenaan," katanya.
 
Sumber: Bernama | 18 Mac 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan