KOTA BHARU: Seluas 2,860.2 hektar tanaman musnah dalam kejadian banjir yang berlaku pada tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Beliau berkata jumlah itu membabitkan 2,532.91 hektar tanaman padi, 161.94 hektar sayur-sayuran dan 165.31 hektar buah-buahan.
"Seramai 2,822 petani yang terlibat membabitkan kerugian berjumlah RM6.47 juta dan kerajaan negeri akan membantu mereka menggunakan peruntukan sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Selasa.
Terdahulu, beliau menjawab soalan dikemukakan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) yang ingin tahu nilaian kemusnahan kawasan pertanian akibat banjir baru-baru ini dan bantuan yang dihulurkan bagi meringankan beban petani.
Sumber: Bernama | 21 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan