Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 12 Mac 2017

Syarikat pengeluar susu kambing adakan misi jelajah minyak motosikal percuma di seluruh Kelantan

Mohd Harmizuan (kiri) mengisi petrol percuma kepada penunggang motosikal di Stesen Minyak Petronas Pasir Pekan semalam. 
TUMPAT: Sebuah syarikat pengeluar susu kambing menyasarkan 2,500 penunggang motosikal di seluruh negeri ini bakal menikmati petrol percuma dalam misi jelajah minyak motosikal percuma yang diadakannya di seluruh Kelantan bermula semalam.

Pengurus Mizz Wann Enterprise Mohd Harmizuan Hamzah berkata, program itu akan menjelajah setiap daerah di negeri ini bagi membantu meringankan beban penunggang motosikal.

Katanya, pemberian petrol percuma itu terhad kepada penunggang motosikal 150cc ke bawah.

“Untuk permulaan, hari ini (semalam) kami bermula di stesen minyak Petronas Pasir Pekan. Selepas itu, kami akan memasuki daerah Bachok pada Jumaat ini sebelum disusuli daerah lain.

“Kami jangkakan 2,500 penunggang motosikal akan menikmati sumbangan petrol dengan peruntukan RM50,000 untuk menjayakan program berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Harmizuan berkata, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program minyak percuma itu boleh melayari laman facebook Mizz Wann Enterprise HQ.

Sumber: Harian Metro | 12 Mac 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan