KOTA BHARU: Bekas Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Kelantan direman bagi membantu siasatan kerana disyaki membuat tuntutan palsu sebanyak RM190,000.
Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Norida Mohd Husin mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Ketika ditemui di sini hari ini, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata suspek berumur 35 tahun itu ditahan di pejabatnya di sebuah jabatan di Putrajaya kira-kira pukul 6 petang semalam.
"Dia dibawa ke Kota Bharu malam tadi untuk membantu siasatan kes itu," katanya.
Sumber: Bernama | 15 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan