Najib Tun Razak (dua dari kanan) menandatangani plak perasmian UTC Kelantan sambil diperhatikan oleh Ahmad Yakob (kiri) hari ini. |
KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kelantan di bersebelahan pusat membeli belah terkenal, KB Mall di sini.
Dalam masa sama, beliau turut meluangkan masa melawat dan beramah mesra dengan para petugas di beberapa agensi di pusat yang bernilai RM37.8 juta itu.
Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamad; Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asraf Wajdi Dusuki dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
UTC Kelantan yang menempatkan 27 agensi kerajaan dan negeri itu mula beroperasi pada 4 Oktober 2016.
UTC ke-18 itu beroperasi pada setiap hari bermula pukul 8.30 pagi sehingga 10 malam sekaligus memudahkan orang ramai khususnya di kawasan sekitar mendapatkan perkhidmatan agensi berkenaan.
Sumber: Utusan Online | 12 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan