Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 12 Mac 2017

Najib tekad terus bawa pembaharuan di Kelantan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan batu asas pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin pada Program Jom Bantu Rakyat Kampung Melawi, Bachok, Kelantan.
BACHOK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad untuk terus membawa pembaharuan di Kelantan dengan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan bagi manfaat rakyat.

Beliau berkata projek pembangunan bagi kebaikan rakyat dan membantu mengembangkan ekonomi Kelantan itu termasuk pembinaan Hospital Bachok dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Selain itu, katanya, kerajaan juga menyediakan kemudahan lain seperti hospital baharu di Kuala Krai bernilai lebih RM300 juta yang sedang dalam pembinaan.

"Kita buat hospital, universiti dan kereta api moden untuk rakyat Kelantan kerana ambo (saya) sayang rakyat Kelantan," katanya ketika berucap melancarkan program Jom Bantu Rakyat dan majlis pecah tanah Hospital Bachok di Kampung Bator, Jelawat, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua UMNO Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Sumber: Bernama | 12 Mac 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan