Sebahagian daripada beg jenama mewah yang dirampas. |
Rampasan dibuat dalam satu serbuan dilakukan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas penahanannya pada pukul 10.50 pagi Khamis.
Antara jenama mewah beg tangan yang dirampas seperti Chanel, Prada, Gucci, Salvatore Ferragamo dan Louis Vuitton.
Turut dirampas adalah sebuah kereta Toyota Vellfire dan wang tunai berjumlah RM41,000.
Abd Latif dijangka dibawa ke mahkamah pada Jumaat untuk direman. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telah mula bercuti pada 1 Mac lalu untuk suatu tempoh yang belum diputuskan.
SPRM dalam satu kenyataan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu dan memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus.
Sumber: mStar Online | 9 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan