KOTA BHARU: Projek lebuh raya dilaksanakan oleh kerajaan Pusat bagi Pakej 1B iaitu melibatkan laluan Pasir Hor-Kadok sejauh tujuh kilometer kini mencapai 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober depan.
Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK), Datuk Seri Mustapa Mohamed, selain Pakej 1B tersebut, Kerajaan Persekutuan turut meluluskan projek tambahan, iaitu pembesaran jalan sejauh 3.5 kilometer dari Tunjong ke Pasir Hor.
“Projek tambahan ini yang menelan belanja RM50 juta membabitkan pembesaran jalan daripada dua lorong kepada empat lorong dan dijangka siap pada September depan. “Projek ini dijangka boleh digunakan oleh orang ramai menjelang Oktober.
“Sementara itu, Pakej 1B yang juga dijadual siap Oktober depan masih belum boleh dibuka kepada orang ramai kerana projek ini bersambung dengan Pakej 2A dan 2B yang masih dalam pembinaan,” katanya ditemui hari ini.
Pakej 1B merupakan sebahagian daripada fasa pertama bagi projek Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai (Lebuh Raya KBKK) yang melibatkan laluan sepanjang 73 kilometer dengan kos keseluruhan dianggarkan mencecah RM1.8 bilion.
Selain Pakej 1B, kerajaan Persekutuan turut giat menyiapkan Pakej 2A melibatkan laluan Kadok – Ketereh sejauh tujuh kilometer dan Pakej 2B melibatkan laluan Ketereh – Kok Lanas sejauh tujuh kilometer.
Dalam perkembangan lain, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, projek pembinaan bangunan gunasama bernilai RM500 juta di Tunjong yang bakal menempatkan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan turut giat dilaksanakan.
“Terdapat beberapa penambahbaikan yang dicadangkan oleh MTPNK supaya projek pembinaan ini benar-benar menepati keperluan masyarakat setempat termasuklah akses jalan yang lebih baik serta kemudahan lain seperti surau yang lebih selesa,” katanya.

Sumber: Sokmo.net | www.sokmo.net | 5 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan