PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam atas dakwaan menangkap gamat secara haram di perairan negara ini.
Pengarah APMM Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata bot berkenaan yang dinaiki enam nelayan asing itu ditahan di kawasan 44.5 batu nautika dari Pantai Tok Bali di sini pada pukul 8.30 pagi semalam.
"Nelayan terbabit yang berumur antara 22 dan 46 tahun cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran bot ronda APMM namun berjaya ditahan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.
Nurul Hizam berkata ketika pemeriksaan APMM, kesemua nelayan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Katanya kesemua nelayan terbabit bersama bot dan hasil tangkapan serta peralatan menangkap gamat yang kesemuanya bernilai RM300,000, dibawa ke Jeti APMM Tok Bali di sini untuk tindakan lanjut.
Sumber: Bernama | 15 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan