Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 12 Mac 2017

PM rasmi pecah tanah Hospital Bachok

Najib Tun Razak melihat model Hospital Bachok ketika merasmikan majlis pecah tanah hospital tersebut di Jelawat, Bachok hari ini.
BACHOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Hospital Bachok yang bernilai RM140 juta, di sini.

Projek di atas tapak seluas 20 hektar di Kampung Bator, Jelawat tersebut bermula sejak September tahun lalu dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun iaitu menjelang September 2019.


Hospital Bachok dijadual beroperasi dengan 76 katil di peringkat permulaan dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 800,000 penduduk di sekitar Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu.


Ketika berucap, Perdana Menteri berkata, pembinaan Hospital Bachok merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat berada pada tahap terbaik.


Katanya, walaupun Kelantan ditadbir pembangkang, perkhidmatan kesihatan negeri ini tetap setaraf dengan perkhidmatan sama di negeri-negeri lain.

Sumber: Utusan Online | 12 Mac 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan