Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 10 Mac 2017

Polis tahan sembilan lelaki disyaki curi kereta dan motosikal di Pasir Puteh

PASIR PUTEH: Polis menahan sembilan lelaki disyaki aktif mencuri kereta dan motosikal di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Abd Rozak Muhammad berkata berikutan tangkapan suspek yang berumur antara 19 dan 49 tahun itu, polis merampas tiga kereta dan tujuh motosikal dipercayai dicuri.

Suspek tersebut ditahan secara berasingan dalam serbuan di rumah dan bengkel membaiki kenderaan di beberapa lokasi termasuk di bandar Pasir Puteh dan Semerak di sini dalam tempoh 1 Mac hingga semalam, katanya kepada pemberita Khamis.

Beliau berkata dua daripada suspek didapati positif dadah manakala empat lagi suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi kenderaan dan pecah rumah.

Siasatan mendapati kesemua kenderaan yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM75,000, diubah suai pada nombor pendaftaran dan enjin bagi mengabui pihak berkuasa, katanya.

Abd Rozak menasihatkan ibu bapa supaya memberi perhatian apabila anak mereka membawa pulang kenderaan ke rumah bagi memastikan ia bukan kenderaan curi.

Sumber: Bernama | 9 Mac 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan