Najib Tun Razak bersalaman dengan mahasiswa sebelum program Transformasi Nasional (TN50) bermula di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini. |
KOTA BHARU: Perdana Menteri, Najib Tun Razak tidak menyembunyikan perasaannya apabila secara terbuka menyatakan beliau seronok berada di Sesi Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Belia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini.
Beliau yang tiba di Dewan Keusahawanan kira-kira pukul 5 petang kelihatan begitu gembira dan turut bertepuk tangan bersama hadirin mendengar alunan kumpulan dikir barat ‘Sri Kayangan UMK’
“Saya seronok sebab Kelantan ada budaya yang unik, belum lagi kita bercakap kita sudah ada dikir barat.
“Saya tidak mahu saya majlis ini jadi monolog iaitu saya bercakap pelajar mendengar, saya mahu lebih banyak mendengar, bukan sangat nak jawab soalan, saya nak dengar suara hati generasi muda.
“Siapa generasi TN50? Bukan saya, rambut saya sudah putih, tetapi adik-adik sekalian,” katanya.
Lebih 1,500 belia termasuk pelajar sekolah memenuhi ruang dalam dan luar dewan untuk bersama Perdana Menteri.
Yang turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
Sumber: Utusan Online | 12 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan