Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 15 Mac 2017

Elak penularan selesema burung - Ahmad Shabery

Gambar hiasan: Ayam kampung
KOTA BHARU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar diarahkan untuk mengambil segala langkah yang perlu bagi mengelakkan penularan penyakit selesema burung (H5N1) ke kawasan lain selepas penyakit itu dikesan di Kelantan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah tersebut termasuk menambah kapasiti tenaga kerja yang diperlukan dan kemungkinan mendapatkan bantuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Saya juga meminta semua pihak terutamanya penduduk tempatan untuk memberikan kerjasama termasuk melaporkan dengan segera jika terdapat tanda-tanda penyakit tersebut pada unggas mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Virus H5N1 yang menyerang unggas dikesan di Kampung Pulau Tebu,Tunjong di sini pada 6 Mac lepas setelah beberapa ekor ayam kampung mati.

Kerajaan Kelantan telah mengisytiharkan wabak selesema burung (H5N1) sebagai bencana negeri.

Ini berikutan merebaknya wabak itu di dua lagi jajahan iaitu Bachok dan Pasir Puteh selepas Kota Bharu dan Pasir Mas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata keputusan itu dibuat di mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini mengikut Perintah Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20).

Sehingga kini sebanyak 23,768 unggas dan 881 telur dimusnahkan membabitkan sebanyak 129 premis sebagai langkah pencegahan.

Sumber: Bernama | 15 Mac 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan