Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 1 Jun 2015

Projek PPR Kota Bharu dijangka siap pada Jun 2017

Majlis pecah tanah projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu yang telah disempurnakan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 15 Mac 2013. 
KOTA BHARU: Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada 17 Jun 2017. Projek ini telah bermula pada 18 Jun tahun lepas yang melibatkan kawasan seluas empat ekar di Jalan Wakaf Mek Zainab. 

Sebanyak 1,000 unit rumah akan disiapkan dengan melibatkan pembinaan tiga blok rumah pangsa setinggi 18, 21, dan 24 tingkat. Sebuah bangunan podium tempat letak kereta bertingkat setinggi lapan tingkat juga akan dibina untuk kemudahan penduduk. 

Projek PPR Kota Bharu merupakan projek PPR kedua di negeri Kelantan selepas projek PPR Gua Musang di bandar Gua Musang di selatan negeri Kelantan. 

Foto bertarikh 20 April 2015: Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan. Foto ihsan: bereh.org
Projek PPR Kota Bharu ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dengan majlis pecah tanah yang diadakan pada 15 Mac 2013. 

Ia merupakan salah satu daripada tujuh projek "Janji Ditepati" yang telah dan akan dilaksanakan di negeri Kelantan oleh Kerajaan Persekutuan. 

Foto bertarikh 20 April 2015: Tapak projek PPR Kota Bharu. Foto ihsan: bereh.org
Pembinaan rumah pangsa ini dijangka dapat menyelesaikan masalah perumahan di bandar raya Kota Bharu terutamanya untuk menampung permintaan rumah kos rendah oleh golongan berpendapatan rendah. 

Sumber: Gerbang KBBRI | www.kbbri.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan