Laungan semangat diberikan oleh para penyokong mendorong pemain TRW untuk bermain dengan lebih yakin memburu kemenangan. |
KOTA BHARU: Gomo Kelate Gomo!, Ayuh Kelateku! Itulah di antara laungan
keramat penyokong-penyokong Kelantan setiap kali pasukan merah gergasi
The Red Warriors (TRW) beraksi di medan perang bersama pasukan lawan.
Malah laungan semangat itulah juga membuka kancah pergerakan pemain sehingga ada yang berpendapat lagu “Semangat Anok Kelate” itu mempunyai aura tersendiri.
Itulah salah satu adat resam budaya Kelantan yang agak unik dan meresap ke segenap lapisan dimensi masyarakat sehingga anak-anak kecil boleh menghafal lagu-lagu tersebut akibat daripada minat yang ditunjukkan ibu bapa mereka.
Semangat yang dibawa setiap peminat fanatik ini juga ada kebaikan dan keburukan tersendiri yang mungkin tidak dapat dikawal dalam skop sosial kemasyarakatan.
Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk menunjukkan sokongan kepada pasukan pilihan malah mereka tidak pernah ‘berkira’ untuk melakukan apa sahaja demi pasukan kesayangan itu.
Kereta, motor, rumah dan sebagainya sudah menjadi perkara biasa jika terpilih untuk dihias, dicat dan tidak pernah dari lekang dari pelekat-pelekat yang semuanya membawa maksud sokongan tidak terhingga kepada pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Fanatik mereka pada sesuatu perkara itu secara terpilih namun bersifat bersih walaupun kemenangan untuk perlawanan ditentukan pemain itu sendiri.
Sikap tidak patah semangat dan berani menentang adalah satu perkara yang tidak pernah luntur kepada penyokong Kelantan yang mana diakui sendiri oleh pemain bahawa mereka adalah tulang belakang setiap kali perlawanan.
Bermula dengan penjualan tiket sahaja sudah membuktikan penangan aura bola sepak Kelantan tidak pernah pudar sehingga ada yang terpaksa bermalam di depan kaunter semata-mata untuk melihat secara langsung pasukan mereka beraksi di padang.
Tidak cukup dengan itu, mereka sanggup berhujan panas demi menyatakan sokongan kepada pasukan kesayangan yang akan menentukan pembalasan budi penyokong dengan kemenangan permainan dalam masa 90 minit itu.
Malah mereka sanggup mendirikan solat di pekarangan tempat duduk stadium semata-mata untuk masuk awal menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka itu.
Mungkin dulu arena bola sepak Kelantan agak tenggelam namun setelah ia mula bangkit kembali, tiada kata ‘berpatah balik’ untuk penyokong memberi semangat tanpa berbelah bagi lagi.
Konflik keinginan untuk melihat Kelantan mara ke peringkat membanggakan sentiasa wujud dalam diri penyokong yang mana bercampur pula dengan semangat anak Kelantan yang tidak pernah mengenal erti kekalahan.
Walaupun dulu penyokong Kelantan pernah dikategorikan sebagai di antara penyokong ganas dan tidak berhemah, namun pengalaman mengajar mereka lebih berdisiplin dan bermaruah tambahan pula dengan gelagat dan aksi yang ditunjukkan di stadium kini amat
membanggakan.
Harapan terlalu tinggi diletakkan setiap kali Kelantan mara ke peringkat tertinggi dan tidak pelik jika penumpang bas, kereta api penuh dengan gelombang si baju merah.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 4 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan