Keratan akhbar Sinar Harian, 1 November lalu. |
TANAH MERAH: Pejabat Kesihatan daerah ini, akan mengatur jadual
pembersihan lebih kerap bagi mengatasi masalah persekitaran sebuah
klinik kesihatan, di sini, yang tidak terurus.
Pegawai Kesihatan daerah, Dr Abdullah Yunus berkata, tindakan itu bagi mengatasi isu pengurusan sampah di wakaf menunggu, masalah rumput panjang dan persekitaran klinik yang tidak memuaskan.
“Jika perlu, jadual kerja pembersihan ini akan turut melibatkan bantuan pekerja am Pejabat Kesihatan atau klinik kesihatan lain di daerah ini,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar ini, Jumaat lalu, mengenai aduan terhadap keadaan persekitaran sebuah klinik kesihatan di daerah ini yang tidak terurus.
Keadaan klinik kesihatan terbabit sangat mengecewakan kerana tidak dijaga dengan baik hingga dipenuhi semak, persekitaran kotor dan menyakitkan mata.
Abdullah berkata, selain kerja pembersihan, pihaknya juga akan mendapatkan anggaran kos bagi membaiki papan tanda besar di klinik itu yang turut dibangkitkan pengadu dalam laporan itu.
“Jika kos baiki terlalu besar, mungkin papan tanda yang sudah agak uzur dan membahayakan orang ramai ini akan dirobohkan.
“Untuk makluman pengadu dan orang ramai, papan tanda HIV/AIDS ini dipasang secara kontrak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hampir 10 tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengesahkan, klinik dimaksudkan dalam laporan itu ialah Klinik Kesihatan Tanah Merah (Bahagian Ibu dan Anak) di Jalan Klinik bersebelahan Pejabat Pelajaran daerah yang lama.
“Terima kasih kepada pengadu kerana beri komen positif yang boleh membantu usaha pihak kami meningkatkan lagi imej serta mutu perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada orang ramai,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 4 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan