Nelayan kawasan Tumpat membuat bantahan aman penguatkuasaan pengunaan pukat tunda baru di jeti Kompleks LKIM,Geting, Tumpat. |
TUMPAT: Lebih 200 nelayan Kawasan Tumpat mengadakan perhimpunan aman di
Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting bagi membantah
tindakan kerajaan menguatkuasakan penggunaan mata keroncong pukat tunda
bersaiz 38 milimeter (mm) yang didakwa akan menyekat rezeki mereka.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Tumpat, Abdullah Omar berkata, undang-undang tersebut dikuatkuasakan pada 1 November menyebabkan 400 pengusaha bot tunda kawasan Tumpat yang masih menggunakan pukat lama tidak turun ke laut kerana khuatir ditahan pihak berkuasa.
“Sudah tiga hari nelayan bot tunda tidak turun ke laut, menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Ikan di pasaran berkurangan dan jika masalah ini berterusan harga ikan akan melonjak tinggi,” katanya.
Mata keroncong pukat tunda yang asal adalah bersaiz 20 mm digunakan oleh nelayan di kawasan Tumpat untuk menangkap ikan, sotong dan udang kecil untuk membuat belacan.
Abdullah berkata, pihaknya memohon Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengekalkan penggunaan mata keroncong saiz asal kerana penggunaan pukat tunda saiz baru ini juga boleh menjejaskan industri hiliran seperti pembuatan belacan, keropok dan ikan kering.
“Saiz mata keroncong 38 mm ini tidak sesuai kerana lubangnya lebih besar, mana akan lekat udang bersaiz kecil untuk membuat belacan nanti,” katanya.
Dalam pada itu katanya, pukat tunda baru yang dijual di pasaran tidak tahan berbanding pukat lama kerana menggunakan benang halus di keroncong, ia akan akan putus ketika mengangkat ikan nanti.
Bagi Mohd Rahim Yusof, 49 berkata, penguatkuasaan undang-undang tersebut juga menyebabkan pengusahaan bot kelas A yang memiliki lesen khas menangkap ikan di musim tengkujuh turut terjejas.
“Kami beroperasi pada November hingga Februari juga menggunakan mata keroncong saiz kecil untuk menangkap udang.Apabila pukat tunda baru dikuatkuasakan, kami juga terkena tempias,” katanya.
Lesen khas itu diluluskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sejak tahun 2004 hanya untuk nelayan di Kelantan.
Sebelum ini akhbar melaporkan kerajaan mengharamkan penggunaan bot pukat tunda yang menggunakan saiz mata di bawah ukuran 38 mm bagi menyelamatkan spesies marin dan benih ikan daripada dimusnahkan mulai 1 November ini.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 4 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan