Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 7 November 2013

'Ulat parking' di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Seorang lelaki berseluar pendek dilihat berlegar mencari pengunjung yang mahu meletakkan kenderaan
RANTAU PANJANG: Pengunjung merungut apabila beberapa individu (ulat parking) meminta wang setiap kali meletakkan kereta di Zon Bebas Cukai di sini.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Mahani Sudin, 39, berkata, meskipun sudah membayar tiket parkir dengan pihak berkuasa, namun individu berkenaan tetap mendesak pengunjung untuk membayar RM2.

Menurutnya, wang itu kononnya akan memberi jaminan keselamatan kenderaan sepanjang berada di Zon Bebas Cukai. “Pengunjung terpaksa mengikut kehendak mereka kerana risau sekiranya kenderaan mereka dirosakkan.

“Bukan itu sahaja, sekiranya pengunjung enggan membayar, mereka tak akan berganjak dari tempat letak kereta menyebabkan pengunjung tidak boleh keluar dari petak parkir selepas membeli belah,” katanya.

Mahani berkata, 'ulat parking' ini hanya beroperasi pada hari minggu dan cuti umum selama beberapa jam antara jam 10 pagi hingga 1 petang.

Katanya, memandangkan ketika ini musim cuti panjang, beberapa pihak dilihat menjadikan kawasan tempat letak kereta dekat pasaraya sebagai sasaran.

“Pihak terbabit hanya akan menyembunyikan diri buat seketika, sekiranya tindak tanduk mereka dihidu pihak berkuasa.

“Penduduk dan pengunjung risau sekiranya wang yang diperoleh digunakan untuk jenayah mahupun membeli dadah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 5  Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan