Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 7 November 2013

100 pesilat tamatkan pengajian

Pesilat membuat persembahan dalam majlis pelima peringkat kelapan di gelanggang silat di Kampung Gong Nibong Hulu, Beris Lalang, semalam.
BACHOK: Walaupun cuaca buruk dengan hujan lebat membasahi tanah Kampung Gong Nibong Hulu, Beris Lalang sejak awal pagi semalam, namun semangat kental yang ditunjukkan pesilat-pesilat amat mengagumkan.
 
Semua 100 pesilat dari Persatuan Seni Silat Gayume Stame Gare (PSSGSG) Negeri Kelantan, ini berjaya menamatkan pengajian mereka dalam siri pelima peringkat ke lapan semalam.
 
Yang Di Pertuanya, Che Amat Che Noh berkata, semangat jitu pendekar yang ada dalam diri anak didiknya tidak luntur walaupun terpaksa membuat persembahan dalam hujan lebat.
 
“Kali ini kira-kira 100 pesilat berjaya tamatkan latihan mereka dalam pelbagai jurusan termasuk silat keris, silat tiga lawan satu, tongkat panjang lawan kelewang, gocoh satu lawan tiga, tongkat panjang, silat pedang dan dua lawan satu, tongkat pendek lawan pedang.
 
“Kami juga ucapkan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Kelantan yang sudi menyumbangkan peruntukan RM3,000 untuk persatuan bagi menjayakan program hari ini,” katanya.
 
Majlis pelima yang bermula sejak awal pagi semalam turut disaksikan oleh tetamu jemputan. Difahamkan, sehingga kini persatuan silat berkenaan mempunyai keahlian 649 iaitu 366 daripadanya adalah wanita. 
 
Keahlian persatuan ini amat mengagumkan kerana kebanyakan mereka adalah dari luar daerah Bachok termasuk dari daerah Jerteh, Terengganu.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 6 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan