Gambar sekadar hiasan. |
KOTA BHARU: Kelantan kini tidak lagi menjadi pilihan pelabur asing berikutan kurangnya jaringan infrastruktur serta insentif yang menarik.
Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Cawangan Kelantan Azran Derahman berkata, dalam tempoh 20 tahun, kira-kira 250 kilang di negeri ini telah menutup operasi dan berpindah ke negeri lain.
"Ini menyebabkan 20,000 orang hilang peluang pekerjaan dalam tempoh itu, dan jika keadaan ini berterusan dalam tempoh 10 tahun lagi, tidak ada lagi pelabur asing yang membuka kilang mereka di Kelantan," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.
Azran berkata pelabur tidak berminat berikutan masalah infrastruktur seperti air, lampu jalan, bekalan elektrik, longkang yang tidak sempurna serta kurangnya insentif menarik daripada kerajaan negeri.
Katanya MITI Kelantan sedaya-upaya berusaha mengekalkan 100 kilang yang masih beroperasi di Kelantan dengan menaik taraf beberapa jalan dan longkang dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
"Pelabur telah berpindah ke Melaka dan Terengganu yang mempunyai kawasan perindustrian, menawar insentif dan infrastruktur menarik bagi mereka," katanya.
Menurutnya kerajaan negeri perlu serius menangani masalah itu dengan mencari jalan agar kilang yang ada terus beroperasi.

Sumber: BERNAMA | 20 Sept. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan