Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 4 September 2013

AirAsia buka laluan penerbangan Kota Kinabalu - Kota Bharu mulai 16 November 2013

Promosi laluan baharu Kota Kinabalu - Kota Bharu oleh syarikat penerbangan AirAsia mulai 4 September 2013.
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan AirAsia akan membuka laluan penerbangan Kota Kinabalu (BKI) - Kota Bharu (KBR) mulai 16 November 2013 ini dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu

Penerbangan dari Kota Kinabalu akan berlepas pada jam 08:20 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu pada jam 11:00, manakala penerbangan dari Kota Bharu ke Kota Kinabalu akan berlepas pada jam 11:25 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 14:10. Penerbangan mengambil masa kira-kira 2 jam 40 minit sahaja

Pembukaan laluan penerbangan ini merupakan suatu lembaran dan sejarah baharu industri penerbangan negara kerana buat pertama kalinya sebuah bandar raya di Malaysia Timur dihubungkan terus dengan bandar raya terbesar di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia dengan perkhidmatan penerbangan. 

Tempahan tiket bagi laluan penerbangan ini telah dibuka sejak 4 September 2013 dan pengguna yang ingin membuat pembelian tiket bolehlah melayari laman sesawang rasmi AirAsia, iaitu www.airasia.com. Selain itu, AirAsia juga menawarkan perkhidmatan bagi laluan Kuala Lumpur (KUL) - Kota Bharu (KBR) dengan kekerapan lapan penerbangan sehari. 

Dalam pada itu, syarikat penerbangan Berjaya Air pula merancang untuk menawarkan perkhidmatan penerbangan bagi laluan Subang (SZB) - Kota Bharu (KBR) mulai 17 November 2013. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Berjaya Air, iaitu www.berjaya-air.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan