Kumpulan Eco-Saver menjayakan kempen kitar semula dengan mengadakan gotong-royong di Felda Kemahang 2. |
MACHANG: Pasukan Eco-Saver, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Wataniah, dekat sini berusaha memelihara alam sekitar dengan mengadakan
program gotong-royong mengumpulkan bahan kitar semula di Felda Kemahang
2, Tanah Merah, kelmarin.
Program yang dilaksanakan di kawasan tapak pembuangan sampah itu bertujuan mengurangkan kadar pembuangan sisa pepejal penempatan penduduk itu.
Guru penasihat Eco Saver, Khatijah Yusoff berkata, program itu bukan sahaja mampu menjdikan persekitaran bersih tetapi juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang kempen kitar semula.
Menurutnya, penduduk dan pihak pengurusan Felda Kemahang 2 menunjukkan komitmen yang tinggi sekaligus menjayakan usaha memelihara alam sekitar di kawasan tersebut.
“Selepas bertahun-tahun, sampah di kawasan itu tidak diuruskan dengan baik, kini keadaan jauh berubah dan kami berterima kasih kepada semua pihak yang banyak memberikan kerjasama dalam usaha membantu penduduk.
“Pelbagai agensi kerajaan termasuk Majlis Daerah Tanah Merah, pengurusan Felda dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Parit dan saliran (JPS) dan penduduk felda itu sendiri. Tanpa penglibatan oleh mereka, program ini tidak mungkin dapat berjalan dengan lancar,” katanya.
Pada program tersebut, sebanyak 130 kilogram (kg) bahan kitar semula berjaya dikumpulkan termasuk plastik, tin, kertas dan logam.
Khatijah berkata, selain membantu penduduk, program seumpama itu juga merupakan khidmat masyarakat golongan muda sekaligus memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan pelajar.
Katanya, peranan golongan muda perlu diperkasakan dan diberi pendedahan sejak dari awal bagi melahirkan pemimpin masa depan yang berkualiti dan mempunyai kelas yang tersendiri.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 7 Sept. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan