Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 1 September 2013

Maik guna media kesan, salurkan bantuan zakat kepada asnaf

KAMARUDDIN Mohd. Zain (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kecemasan daripada MAIK kepada Badrol Hisham Abdul Rashid kerana rumahnya terbakar di Kampung Telaga Papan, Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin. 
PASIR PUTEH: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menggunakan media sebagai salah satu sumber untuk menyalurkan bantuan dan zakat kepada asnaf serta golongan yang memerlukan, termasuk mangsa kebakaran rumah.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Kamaruddin Mohd. Zain berkata, ini merupakan di antara cara untuk memastikan golongan tersebut mendapat pembelaan dan tidak tercicir daripada menerima bantuan daripada majlis tersebut.

Beliau berkata, Yang Dipertua Maik, Tengku Dr. Fa’ez Petra yang juga Tengku Mahkota Kelantan sentiasa meneliti laporan media yang memaparkan kes kebakaran dan kesusahan rakyat. “Selepas itu, baginda akan memberikan arahan kepada pegawai Maik supaya turun ke lokasi melakukan penyiasatan dan menyalurkan bantuan.

“Selain itu, bantuan juga disalurkan selepas menerima laporan daripada Ketua Daerah dan juga permohonan Imam Mukim tentang perkara yang membabitkan kemiskinan dan keperluan rakyat miskin," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kecemasan sebanyak RM2,000 kepada mangsa kebaka ran, Badrol Hisham Abdul Rashid, 37, di Kampung Telaga Papan dekat sini hari ini.

Pada 12 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang nyenyak tidur terpaksa diangkat bapanya dalam keadaan sesak nafas apabila kepulan asap tebal memenuhi ruang rumah mereka yang terbakar kira-kira pukul 4.30 petang.

Badrul Hisham yang bekerja sebagai tukang rumah bersama dua anaknya, Mohd. Fahmi, 13, dan Nor Ain Khalisa, 4, ketika itu sedang nyenyak tidur di ruang tamu rumah mereka. Dia hanya menyedari rumahnya terbakar apabila terdengar bunyi jeritan suara jiran yang sedang bertungkus-lumus mengangkut air untuk memadam kebakaran ketika hampir sebahagian rumahnya hangus dijilat api.

Kamaruddin berkata, Maik telah menghantar pegawai pada 19 Ogos untuk mendapatkan latar belakang kehidupan keluarga terbabit sebelum menyalurkan bantuan zakat.

Sumber: Utusan Malaysia | Timur | 30 Ogos 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan