Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 14 September 2013

Berjaya Air terbang ke Kota Bharu mulai 17 November 2013

SYARIKAT penerbangan Berjaya Air akan menawarkan perkhidmatan bagi laluan SUBANG (SZB) - KOTA BHARU (KBR) mulai 17 November 2013 (Ahad) sempena bermulanya cuti sekolah hujung tahun di Malaysia. 

Buat permulaan, Berjaya Air akan menawarkan penerbangan sekali sehari menggunakan pesawat ATR72-500 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Shah Alam, Selangor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan. 

Tempahan tiket boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi Berjaya Air: www.berjaya-air.com, manakala kaunter tiket di LTSIP dijangka akan dibuka tidak lama lagi. 


Nota kaki: Syarikat penerbangan Berjaya Air ini telah ditubuh dan memulakan operasi pada tahun 1989. Ia dimiliki oleh Kumpulan Berjaya melalui Berjaya Land dan dahulunya dikenali sebagai Pacific Air Charter. LTSAAS merupakan hab operasi utama Berjaya Air.

1 ulasan:

  1. Good sharing for Berjaya Air, Berjaya Air destination in this flight brings us to Koh Samui Island. Located in the north east coast of Thailand, Koh Samui Island is well known for its white sandy beaches, coral reefs and coconut trees. See detail visit:
    http://kidbuxblog.com/berjaya-air/

    BalasPadam