Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 10 September 2013

MB perinci perancangan ekonomi Kelantan


KOTA BHARU: Biarpun ada pihak mendakwa kepemimpinan baru kerajaan Kelantan tiada idea, namun tanpa sedar kerajaan negeri telah menapak jauh bagi menarik lebih ramai pelabur ke negeri itu.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, tumpuan diberi bagi menarik pelabur dari Asia Barat dan Asia Timur ke Kelantan.

Katanya, Asia Barat termasuk Oman, Kuwait, dan negara-negara Arab lain, manakala Asia Timur pula China dan Jepun.

Enam siri pelaburan ke luar negara akan dilaksanakan tahun hadapan. Tiga misi perdagangan akan memberi tumpuan kepada negara di Asia Barat dan tiga lagi ke Asia Timur,” katanya di sini.

Delegasi itu akan diketuai Menteri Besar selaku pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Pelaburan Negeri. Ahmad juga berkata, tumpuan diberi kepada pelaburan dalam bidang halal hub dan industri berasaskan mineral terutamanya limestone yang belum diusahakan secara industri.

Menurutnya juga tumpuan kerajaan negeri sekarang berusaha bagi mencapai sasaran membina 5,000 rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah. Katanya, kerjasama agensi kerajaan negeri dan pihak swasta sedang dijalankan.

Baru-baru ini, Yayasan Islam Kelantan dengan kerjasama syarikat Hectares dan Acter Sdn Bhd melancar projek bercampur di kawasan seluas 115 ekar di Kok Lanas. Sebanyak 135 unit rumah mampu milik akan dibina.

“Kita yakin boleh capai sasaran 5,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 5 tahun. Program tersebut sebagaimana dijanjikan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan pada pilihanraya umum lalu,” katanya.

Projek usahasama tersebut membabitkan pembinaan 653 unit kediaman. Menteri Besar juga berkata, Kelantan juga sedang menyediakan Dasar Pelaburan Negeri.

Sumber: Harakah Daily | 10 Sept. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan