O'Briens Irish Sandwich Cafe di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. |
KOTA BHARU: Kafe sandwic terkenal dari Ireland, O'Briens Irish Sandwich Cafe kini dibuka di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP), Kelantan. Kafe sandwic ini telah dibuka secara rasmi pada awal bulan September 2013 lepas.
LTSIP merupakan lapangan terbang pertama di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia yang mempunyai rangkaian kafe sandwic terkenal ini. Pembukaan kafe ini telah menambah pilihan tempat makan di LTSIP selain Restoran KFC dan Kafe Skyroom Deli sekali gus mengangkat imej LTSIP sebagai hab penerbangan terpenting di Pantai Timur.
Untuk maklumat lanjut tentang kafe sandwic ini, sila layari laman sesawang Facebook O'Briens Irish Sandwich Cafe: www.facebook.com/obriensmalaysia atau layari laman sesawang: www.obriens.com.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan