Ismadi (kiri) keluar dari lokap menuju ke mahkamah untuk berdepan hukuman, semalam. |
KOTA BHARU: Padah merogol kenalan bawah umur yang dikenali melalui panggilan telefon, seorang buruh dihukum penjara 10 tahun dan dikenakan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen. di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas tertuduh, Ismadi Ismail, 39, mengaku salah tuduhan tersebut. Ismadi didakwa merogol pelajar tingkatan tiga yang berusia 15 tahun enam bulan tersebut di dalam kereta di tepi sebuah tokong Kampung Merabang, Kubang Golok, Bachok, antara jam 9 dan 10 malam, 12 Mei 2012.
Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah dan dibicarakan, kemudian menukar pengakuannya, semalam. Pada prosiding semalam, tertuduh diwakili peguam bela, Ilyas mohd Noor memohon hukuman ringan kerana masih menanggung lima anak.
“Tertuduh juga sudah bercerai dengan isteri selepas kes ini dan kadangkala bekerja sebagai pemandu lori sambilan bagi menambah pendapatan. Tertuduh hanya tamat tingkatan dua dan menyesali serta menginsafi perbuatannya,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusuf bagaimanapun memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh, mengambil kira trauma yang dialami mangsa.
“Tertuduh tidak sewajarnya terlibat dalam kesalahan seksual seperti ini kerana dia sudah berkahwin dan mempunyai isteri ketika kejadian tersebut,” katanya.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 10 Sept. 2013 |
.https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I
BalasPadamWeb: almawaddah.info
Salam wa rahmah
Kepada;
Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.
Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan
Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
Sila layari laman: almawaddah.info
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
Terima kasih.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.