Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 17 September 2013

Empat pejabat dipecah masuk di Wisma Persekutuan Kota Bharu

Keadaan pejabat yang berselerak diselongkar penjenayah dalam kejadian pagi kelmarin.
KOTA BHARU: Empat pejabat di kompleks Wisma Persekutuan Kota Bharu termasuk Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Mineral dan Galian @ Geosains dan Jabatan Perangkaan, di sini dipecah masuk pagi semalam.

Dalam kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1 pagi, penjenayah berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM2,626 bersama peti besi dari dua pejabat berasingan iaitu pejabat SPR, wang tunai RM1,300 milik persendirian serta RM326 dari dalam peti besi termasuk Jabatan Perangkaan RM800 dalam peti wang tunai dan RM 200 milik persendirian.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata dua lagi pejabat yang juga dipecah masuk tidak kehilangan barang.


“Hasil siasatan awal mendapati, suspek masuk ke dalam pejabat melalui ruang tingkap terbuka di sebuah bilik yang terletak berhampiran tangga sisi bangunan terbabit,” katanya ketika dihubungi semalam.


Azham berkata, suspek dipercayai hanya mencari wang tunai memandangkan tiada barang lain seperti komputer riba, termasuk kamera hilang serta tempat yang berselerak hanyalah di bahagian laci termasuk dua meja dan dua kabinet besi.


“Melalui pemerhatian yang dilakukan dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesan satu lelaki berbaju putih keluar dari bangunan melalui tangga sisi bangunan dan menuju ke arah parkir motosikal di belakang bangunan Wisma pada jam 1.34 pagi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 17 Sept. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan