Pesawat ATR72-600 yang digunakan Malindo Air |
SEPANG: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air menerima dua
pesawat baharu Boeing 737-900ER, sekali gus melengkapkan sembilan pesawat
termasuk tiga pesawat ATR 72-600.
Pesawat baharu itu tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dari kilang di Seattle, Amerika Syarikat (AS) semalam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, pesawat baru itu adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan syarikatnya untuk mengendalikan jenama baru pesawat sehingga 2015 seiring dengan arus permintaan pasaran penerbangan.
"Penerimaan pesawat baharu ini adalah satu peristiwa penting untuk kami. Kami telah menyaksikan pertumbuhan beransur-ansur dalam industri penerbangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini didorong oleh peningkatan berterusan dari segi keyakinan dan perbelanjaan pengguna.
"Pada 2012, pertumbuhan trafik penumpang di Malaysia adalah lima peratus. Manakala, pertumbuhan trafik 2013 dijangka meningkat 10 peratus," katanya.
Menurutnya, Malindo Air yakin penerimaan pesawat moden ini akan membantu memenuhi rancangan pertumbuhan syarikat. Sehingga kini, syarikat itu menerima enam Boeing 737 - 900ERs sejak pelancaran rasmi pada 22 Mac 2013.
Katanya, setiap pesawat akan melalui kajian oleh pasukan Malindo Air dan pengeluar, yang mana proses meliputi penyesuaian pesawat, tinjauan standard dan pemeriksaan kualiti yang ketat pada bahagian-bahagian pesawat dan komponen, yang akan disahkan oleh Malindo Air, Pemeriksa Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan pengeluar.

Sumber: Sinar Harian | Bisnes | 24 Sept. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan