Pasar Nelayan Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan. |
KOTA BHARU: Kerajaan
akan mewujudkan dua pasar nelayan di pusat pendaratan ikan masing-masing
di Geting, Tumpat dan Sungai Gali di Bachok pada tahun depan bagi
membolehkan nelayan menjual terus hasil tangkapan tanpa perlu melalui
orang tengah.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu juga bagi mengelakkan manipulasi harga oleh orang tengah dan pada masa sama pengguna dapat membeli hasil laut pada harga murah.
"Kewujudan pasar itu akan meningkatkan hasil pendapatan golongan nelayan," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama pemimpin Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen, Peladang dan Nelayan Negeri Kelantan di sini Khamis malam.
Setakat ini, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sudah mewujudkan dua pasar nelayan di Kelantan iaitu di Kuala Besar di sini dan Tok Bali di Pasir Puteh.
Ismail Sabri meminta persatuan nelayan menguasai rantaian pemasaran hasil laut termasuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan bengkel membaiki bot nelayan.
Beliau berkata kementeriannya mengisytiharkan tahun depan (2014) bermulanya 'perang' menghapuskan peranan orang tengah dalam pemasaran hasil nelayan, peladang dan penternak.

Sumber: BERNAMA | 20 Sept. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan