![]()  | 
| Che Din memegang rebana miliknya yang berusia 150 tahun di rumahnya di Kampung Banggol Petaling, kota Bharu. | 
KOTA BHARU: 300 tahun lalu, rebana menjadi alat muzik yang 
harus dimiliki kini ia bertarung demi kelangsungan hidup walaupun di 
negeri kelahirannya sendiri, Kelantan. 
Alat muzik ini sangat popular pada lewat abad ke-18 merupakan 
peralatan wajib dimainkan dalam upacara diraja mahupun penduduk kampung 
namun kini ia semakin terpinggir kerana hanya mereka yang pakar sahaja 
boleh bermain alat muzik ini.
Walaupun demikian, bagi anak kelahiran Kelantan, Che Din Yaakob, 78, 
dia tetap mahu mempertahankan adat budaya masyarakat Melayu ini dengan 
melibatkan penyertaan golongan muda dalam aktiviti bermain rebana ini.
Che Din yang berasal dari Kampung Banggol Petaling, Pasir Mas, merupakan pemilik sebuah rebana yang berusia 150 tahun. Rebana merupakan alat muzik yang mempunyai bentuk seperti tamburin 
digunakan dalam majlis berciri Islamik di negeri Asia Tenggara seperti 
Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Paluan rebana ini turut 
diselangi dengan alunan zikir dan nasyid.
Menurut Che Din,  ada pemilik rebana ini memberikan nama-nama 
tertentu kepada alat muzik tersebut, antaranya ialah Amok Pok Yang, Kuda
 Perang Raja Dewa atau Raja Buring anak Murai. Beliau berkata kerangka rebana diperbuat daripada kayu merbau, dan 
rebana milik beliau dibuat di Kampung Sego, Narathiwat, Thailand.
“Kami menubuhkan kumpulan rebana kami pada 2009 dan menamakannya Amok
 Perdana. Kumpulan ini menerima jemputan untuk bermain alat muzik ini 
ketika kenduri atau majlis kesenian. “Kami mahu mempertahankan tradisi namun agak payah untuk menyakinkan generasi muda untuk menyertai kami.
”Namun kami tidak berkecil hati dan kami akan tetap mempromosikan 
alat muzik ini kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” katanya ketika
 ditemuramah di rumahnya di Kampung Banggol Petaling.
Pengurus kumpulan berkenaan, Nor Alam Marzuki, 54, berkata kumpulan 
tersebut ditubuhkan di bawah naungan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan 
Negara dengan objektif untuk mengekalkan muzik rebana yang merupakan 
warisan dan budaya masyarakat Kelantan.
Sumber: mStar Online | 19 Sept. 2013 | 

Hello, macam mana nak dapatkan contact pakcik Che Din ni? Boleh dapatkan kontact the group manager's Encik Nor Alam Marzuki? Ada orang berminat untuk menaja Rebana ni.
BalasPadam