![]()  | 
| Penyerang Kelantan,Indra Putra membuat percubaan gol, namun dihalang penjaga gol Pahang, Khairul Azjan pada perlawanan Piala Malaysia 2013 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin. | 
PUTRAJAYA: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri 
Annuar Musa mengingatkan semua pemain The Red Warriors (TRW) agar 
memberi sepenuh hati dan tumpuan kepada pasukan untuk mempertahankan 
kejuaraan Piala Malaysia 2013, biarpun sebahagian besar daripada mereka 
bakal berhijrah, musim depan.
 Annuar sebelum ini mengakui, majoriti tonggak utamanya mahu beralih 
angin musim depan, malah ada beberapa pemain yang sudah menemuinya 
sendiri untuk menyuarakan mengenai hasrat meninggalkan pasukan.
 Beliau tetap dengan pendirian untuk tidak menghalang pemain daripada
 pergi, namun itu tidak bermakna kesemua pemain tersebut boleh bersikap 
sambil lewa dalam kempen Piala Malaysia yang bakal memasuki peringkat 
suku akhir, minggu ini. 
 Kelantan, juara treblemusim lalu akan menentang Harimau Selatan, 
Johor Darul Takzim (Johor DT) pada suku akhir pertama, Sabtu ini.Pada masa ini, semua pemain terlibat sedang mengadakan rundingan sama ada secara terang atau sembunyi.
 Pesanan saya kepada pemain berkenaan, walaupun mereka akan menerima
 tawaran tersebut, tetapi sekarang ini saya minta mereka menumpukan 
terlebih dahulu sehingga saingan Piala Malaysia tamat," katanya kepada 
pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-10 UniKL di sini, semalam. 
 Kelmarin, Kelantan mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia 
selaku juara Kumpulan C selepas membelasah Pahang 4-0 pada perlawanan 
terakhir peringkat kumpulan. Biarpun bakal kehilangan ramai tonggak penting, Annuar tetap 
melahirkan rasa bangga kerana banyak pasukan lawan yang mahu memancing 
pemain TRW untuk saingan musim depan.
  Beliau berkata, senario itu menunjukkan keberkesanan pelan pembangunan pemain yang digunapakai oleh KAFA selama ini. Pemain yang saya ambil dahulunya bernilai sekitar RM3,000 hingga 
RM4,000 tetapi sekarang ini, nilai mereka sudah melebih RM30,000 hingga 
RM40,000.
Sudah tentu, kita galakan mereka menerima tawaran itu dan KAFA 
sendiri sudah bersedia untuk terima situasi tersebut," katanya lagi.
Sumber: Utusan Malaysia | Sukan | 23 Sept. 2013 | 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan