Sebahagian peniaga yang membantah pelaksanaan jalan sehala di Jalan Nara, Pasir Puteh. |
PASIR PUTEH: Peniaga yang terlibat dengan pelaksanaan jalan sehala di
Jalan Nara, bandar Pasir Puteh bermula 3 Ogos lalu mendakwa perubahan
itu menyebabkan perniagaan mereka merosot.
Berikutan itu, seramai 70 peniaga bertindak menghantar surat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 1 September lalu dengan hasrat laluan jalan itu diubah seperti sedia kala seberapa segera.
Wakil peniaga, Ng Ping Kon, 56 berkata, dia boleh menerima alasan pelaksanaan jalan sehala adalah untuk mengurangkan kesesakan pada musim perayaan Aidilfitri, namun ia tidak lagi relevan kerana keadaan bandar sudah kembali seperti biasa dan tiada lagi kesesakan jalan.
"Sebagai peniaga di jalan ini, kami dapat rasa perniagaan semakin merosot, ditambah dengan ramai pengguna jalan raya yang keliru.
"Saya minta jasa baik PBT mengkaji semula perkara ini dengan mengambil kira pendapat orang awam. Setahu saya penduduk kampung sekitar jalan ini juga tidak setuju," katanya yang menyediakan perkhidmatan membaiki peralatan elektrik.
Seorang lagi peniaga, Nor Azlan Ismail, 30 memaklumkan, perubahan jalan yang bermula dari Jalan Madrasah sehingga ke Masjid Ibrahimi, di sini, menyebabkan aliran trafik semakin laju.
Katanya, situasi berkenaan bukan hanya menyebabkan pelanggan sukar untuk singgah ke kedai-kedai di jalan berkenaan malah ia turut menyebabkan kemalangan kerap berlaku.
"Mungkin perubahan ini menyebabkan pelanggan sukar ke kedai-kedai yang biasa mereka singgah sehingga ramai peniaga mendakwa pendapatan mereka semakin merosot.
"Saya harap pihak yang berkenaan dapat turun padang untuk melihat sendiri keadaan di Jalan Nara, atau menerima pandangan mereka yang terlibat supaya mereka lebih memahami dan prihatn dengan nasib peniaga di sini," katanya.
Pendapat itu disokong peniaga kedai makan, Sufiah Jusoh, 56, dan peniaga aksesori kereta, Tan Kok Tiong, 25, yang meminta PBT mencari penyelesaian terbaik terhadap isu tersebut.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 8 Sept. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan